|
|
| Wednesday, 2-Jul-2008 09:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
timeOut [at] blogspot
|
|
setelah lama memikir dan memendam rasa, akhirnya aku create blog sendiri.
mungkin dengan adanyer blog tu, aku boleh luahkan lebih perasaan aku, selain masukkan lebih byk info xtvt seharian aku.
utk fotopages ni, aku takkan tinggalkan begitu aje. sejak 2005, aku setiap update kat sini. sinilah segala memori aku bertapak.
pada kengkawan tu, sudi2kanlah menyinggah blog aku k
pikaMerah tiMEout @ blogspot
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jun-2008 15:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Kekecewaan
|
|
"Sorry Zahri, i got bad news. U tak dapat pegi trip ke China"
setelah bertungkus lumus menyediakan dokumen dan terlibat secara langsung utk 'projek' ni, akhirnya aku terima berita ni dari boss aku. ikutkan hati, memang nak mengamuk je. kecewa pun ada. ye la, dah berpenat semuanya, at last tak terpilih jugak.
masa proses pemilihan hinggalah ke minit bebas, boss aku dah maklumkan bahawa kita berserah pada nasib. apa2 pun mungkin ada hikmah di sebaliknyer kan.
(tgh sedih lagi ni hahahahah)
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Jun-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Hari Lahir ke 31
|
|
update on 17:6:2008
lepas games badminton mlm tu, aku ajk pemain2 semua g kedai Nadira. layan jus mangga dier..sedap wo! bagus la tu, lepas pecahkan peluh & lemak semua, kitorang pi tambahkan plak lemak..baeeek punyer diet kan. aku 'open table' utk semua. nak buat party dah terlepas. mlm tu plak wani, mas & ruby bwk icecream cake utk aku. tq guys
My 31st Birthday
kehidupan selepas 31 tahun di dunia. apa yang aku capai???
kebelakangan ni aku rasa hidup ni penuh dengan suka duka. ditambah pula dikelilingi oleh ahli keluarga dan teman2 rapat. aku boleh berbangga mempunyai rakan2 yang terdiri daripada ahli kelab Kenarianz, ahli koir DBKL, bebudak opis selain rakan2 yang belajar di SPACE. yang paling best biler dapat berkawan ngan si Iri. sejak kenal dengan dier, macam2 perkara kitorang buat berdua. tu tak termasuk segala hadiah dan perbelanjaan yang dier keluarkan sepanjang kitorang keluar...free la heheheh
matlamat hidup aku cuma nak membahagiakan mak, ahli keluarga dan juga rakan2 semua, selain menjadi mukmin yang sentiasa bersyukur di atas nikmat olehNya.
Tq pd. Iri, avo, wani, mizan, khairil, nana, k'own, iffea, wan, kak lin & kak nani
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Jun-2008 18:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
timeOut [at] Menara KL
|
|
7:6:2008 Bolly Dangdut Choir Glam Nite 2008
bak melayu nk jd bintang Bollywood...achah hei
kali kedua kitorang buat diner kat menara KL. kalo ikutkan hati memang tak moh join, cam takde tempat lain. tapi difikirkan balik, yela mana lagi nak cari tempat camni yang bleh offer kitorang dengan harga yang berpatutan. rugi le saper yang tak ikut malam ni.
tema bolly dangdut yang dipilih memang 'menjadi', aku tengok 'effort' bebudak pompuan ni memang ikut tema betul. yang boys plak...eh biasalah kan kitorang 'simple' ja hahaha.
kali ni aku tak prepare apa2 pun. baju tu pun beli last minute. kire takleh nak pertahankan kejuaraan tahun lepas la....ada plak yg sebut aku takde bajet tahun ni (wah...mulut!)
yang pastinyer, walaupun kehadiran tidak seramai mana, tapi kecoh jugak la biler xtvt games , singging contest & dance floor. takut plak kalo bergegar menara ni...
Tq pd. ahli koir DBKL
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Jun-2008 20:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
timeOut [at] istana Budaya
|
|
3:6:2008 P.Ramlee The Musical
pementasan P.Ramlee The Musical kali ni merupakan kali kedua lepas ramai orang yang tak berkesempatan pi tengok, termasuk la aku skali. bukan apa, selain pi seluk poket tengok kocek, barisan pelakon pun jd alasan gak. season pertama, teraju utama dipegang oleh Sean Ghazi.
kali ni aku tak lepaskan peluang. ditambah plak biler tahu ada discount utk student. eh, I kan student lagi! dapt dok kat seat depan lagi. tapi yang bengang nyer, biler salah pilih tiket. seat terlindung ngan papan subtitles, hampeh tul
kire puas hati gak biler dpt tengok kehidupan seniman agung dipentaskan dan dikhabarkan di khalayak. cuma terganggu dengan masalah teknikal seperti mic teraju utama yang tenggelam timbul...sehingga pementasan diberhentikan seketika!!!
Tq pd. pencinta teater tanahair
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 31-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
timeOut [at] Pvillion KL
|
|
31:5:2008 Ronda KL
dah takde keja, pi melepak malam minggu kat KL. cadangnyer nak main boling @ layan movie. rasanyer dah lama aku tak pi meronda kat sekitar Bukit Bintang ni. dah tak berminat, selain tengok bebudak Melayu yang konon berlagak jadi omputih..selain kawasan yang pack di malam minggu.
aku ajak dorang g Pavillion coz nak layan kat Toast Box.....fuh, memang berbaloi.
sementara menunggu movie kul 11:45pm, kitorang pi redeem air dari Starbuck & Coffea Bean.
Tq pd. iri, k'own, iffea, mas & wani
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 20-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
timeOut [at] Genting Highlands
|
|
20-22:5:2008 Bengkel Pencegahan Rasuah
rasanya dah lama tak pi berkursus, so biler dah dapat tawaran, lebih2 lagi kat Genting. saper taknak kan???
biler dapat tawaran ni bebudak opis semua pakat gelak dan perli. konon kursus ni utk calon2 yang terima rasuah....kuang ajor ek....
kitorang dipilih untuk buat satu pelan tindakan bagaimana membendung gejala rasuah di jabatan kitorang. aku rasa motif kursus ni cukup jelas, cuma ianya terletak pada individu untuk mentafsir di sebalik kursus ni.
aku rasa dah lama jugak tak naik ke Genting ni, mau dekat2 setahun lebih. takut pun ada, yelah sejak dua menjak ni berita pasal kemalangan melibatkan bas....lagi2 kitorang kena pegi naik bas opis, yg aku sifatkan lagi 'teruk' dari bas2 sekolah sekarang ni.
selain berkursus, sempat gaklah lah pi main bowling, ronda2 Genting selain merasai kesejukkan kat sana
Tq pentadbiran yang cadangkan nama
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
timeOut [at] Sentul
|
|
12:5:2008 Hari Ibu 2008
tiada apa yang membahagiakan Mak selain dapat berkumpul dengan anak2, cucu2 dan cicit dier. baru plan nak datang rumah, dah beria2 Mak sediakan makanan utk dorang. akupun tak tau nak balas camner jasa Mak selama ni. sejak ketiadaan Bapak, dier le yang jaga rumah. Aku dan Akak menjadi peneman dier kat rumah. yang lain dah bersama keluarga memasing.
plan nak beli hadiah tapi tengah 'sengkek' le pulak bulan ni. Maaf la Mak yer, nak cari bunga pun susah...(alasan je kot hahahhaa)
tahun ni kitorang plan nak buat makan2 lagi. rasanya ni kali kedua kitorang sambut ngan adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. dan tahun ni juga Achik, Abg Rie dan Adik tak dapat datang. (dah le takmo fikir sgt, kang sedih plak)
kali ni kitorang sambut kat restoran baru area Sentul, Al-Azmi. suasananya best gak, ala2 cam rumah kampung gitew. makanan dier boleh lah tahan tapi agak mahal...RM400++ utk lebih kurang 25 orang. argh tak kisah lah, janji puas dapt makan & berkumpul ngan famili semua.
Tq pada Mak dan famili semua.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Apr-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
timeOut [at] Cherating
|
|
26-288:5:2008 Jalan2 Cari pasal Cherating
kali ni pi trip ngan member2 yang baru. bukan baru kenal, tapi baru 'bermesra' ngan dorang. walaupun dah kerja sepejabat, tapi buat hal masing2. tapi sejak join FF, aku rasa hubungan aku ngan dorang ni boleh dikatakan mesra gak la. bermula ngan FF, berkaraoke, bowling hinggalah sampai ke tahap layan AF bersama (hahahahahahha, woit jgn gelak la)
plan dalam masa sebulan, akhirnya menjadi kenyataan jugak. dari logistik hingga kewangan, semuanya settle. trip kali ni beza skit. kitorang ni pi jalan2 cari makan. asik makan je, lepas tido, makan. lepas mandi, makan. wei xde keja lain ke??
kitorang sempat g makan otak2, sata & ikan pais (sebut paih) kat Kemaman dan Kuantan. memang berbeza antara dua tempat ni. sempat gak gegar bandar Kuantan dan Teluk Cempedak. banyak kenangan aku masa kat sini.
Tq pada Iri, K'own, Avo' Anod & man. Korang memang 'cas'
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Mar-2008 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
timeOut [at] P.115 Batu
|
|
8:3:2008 Pilihanraya Umum ke-12
demam pilihanraya melanda seluruh negara. bermula pada 24/2/2008 hingga ke 7/3/2008. semua parti dari kerajaan mahupun pembangkang giat berkempen bagi mendapatkan keyakinan rakyat semua..
dan seperti tahun 2004 yang lalu, aku sekali lagi berkhidmat di bawah SPR dan di P.115 Batu. niat aku satu je, aku mahu jadi pemantau dalam SPR ni. biar ada orang yang katakan SPR beginilah, begitulah, bagi aku asalkan aku jalankan tugas dengan ikhlas dan jujur, kire ok apa. dapat elaun skit hehehehe
sebelum hari kejadian, segala persiapan dijalankan. sampai terabai sekejap kerja sekolah dan opis. argh tak kisahlah. janji aku yakin dengan apa yang aku buat ni.
kali ni aku jadi Ketua Tempat Mengundi (KTM) di SK Convent Sentul. macam2 gelagat dapt aku tengok. bermula seawal pagi hingga semua keputusan diumumkan.
sebelum hari pengundian, aku terima kertas undi pos yang dihantar di rumah. sebagai rakyat yang bertanggungjawab (hahahah) aku sanggup pi hantar sendiri kertas undi aku ni ke bilik gerakan. dengan harapan dapatlah beri kemenangan skit kat calon 'itu'
Tahniah pada yang keluar mengundi
|
|
|
|
|