Want your
own Fotopage?












 
+ .: pikamerah's timeOut :. +

By: Pika Merah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Friday, 29-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Penang

29:06:2007-01:07:2007 4th Kenarianz Family Trip 2007






Perancangan dari Chapter utara telah merealisasikan impian Kelab utk berkonvoi ke Utara. Rasa cam tak percaya je biler jejakkan kaki kat sini. Bukannyer kali pertama ke Penang tapi disebabkan berkonvoi ngan budak Kelab...bayangkan 26 biji Kenari berkonvoi sekitar Penang

bermula dari hari pertama konvoi bermula hingga konvoi balik meninggalkan Penang, semua memori tersemat di dalam sanubari. bermacam2 perasaan digambarkan oleh budak kelab yang lain.


thanks pada Kenarianz

::Candids by ieca::
::Day 1 by idahiryns::
::Day 2 by idahiryns::
::Day 3 by idahiryns::

Care to comment?


Saturday, 16-Jun-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Tmn Tasik Titiwangsa

16:06:2007 Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2007



JOM TAK NAK! MEROKOK. Kenarianz dijemput lagi oleh JKWPKL untuk mempromosikan kempen ni. Sebagai menyahut seruan khidmat sosial pada masyarakat, Kenarianz berbesar hati untuk turut sama memeriahkan kempen ni selain dari mempromosi kelab kitorang jugak.
Bermula dari pagi lagi kitorang dah berkumpul di Dataran merdeka sebelum berkonvoi masuk ke Tasik Perdana. Selesai sesi meletak stiker, konvoi di'escort' oleh Polis Trafik KL. Masa ni lah bebudak tu rasa cam VIP..bukan senang tau nak dapat peluang camni...selain boleh melanggar lampu isyarat merah hahahaha



::Candids by Pyan::
::Candids by Pleomaxx::

Care to comment?


Friday, 1-Jun-2007 14:30 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Lenggong, Perak

 
 
 
01-04:06:2007 Majlis Perkahwinan Kak Da

aku rasa ni pertama kali aku g kenduri kahwin ahli keluarga rakan....kat Perak lagi. tapi ni lah pengorbanan sebagai seorang rakan kepada rakannya...aku tiba lewat sehari dari dia. almaklum naik bas ekpress. bangga rasanyer naik bas ni hehehe

walaupun penat tapi aku seronok biler tengok orang kampung bergotong-royong utk kenduri kahwin ni. aku lak bertugas jadi cameraman....cari shot utk gambar & video.

Care to comment?


Monday, 28-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Glory Beach Resort, Port Dicksons

 
 
 


28-31:05:2007 Bengkel Asas KMK 2007

aku terpilih untuk join KMK jabatan. mulanya cam tak nak join. yelah..biler bercakap pasal KMK ni..mesti orang ingat kena buat banyak keja la...jabatan plak memang tak nak hantar. mereka beranggapan, akan membuka pekung di dada, di mana kelemahan di jabatan akan diketahui umum.

bagi aku, ni salah satu cara aku berkhidmat untuk jabatan aku. tak kisah ah kalo banyak keja sekali pun..janji puas hati ngan apa yang kiter lakukan.

Care to comment?


Friday, 25-May-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Auditorium DBKL

 
 
 


25:05:2007 Perhimpunan Pegawai & Kakitangan WPKL Bersama PM

Pak Lah turun KL!
masa ni lah nampak kelam-kabut DBKL bagi menyambut kedatangan Pak Lah. daripada hiasan jalan2 sekitar KL hinggalah ke pentas Auditorium kitorang. rasanya ni kali pertama lawatan kerja Pak Lah ke KL. kalo ikut jadual kerja beliau, memang pack dari pagi hingga ke petang.

09:00 : Perhimpunan di Auditorium DBKL
10:50 : Upacara pecah tanah di PPR Intan Baiduri, Kepong
13:00 : Solat Jumaat di Manjalara
15:00 : Lawatan kerj ake lebuhraya Cheras, Kepong

kumpulan Koir kitorang diberi peluang untuk mengetuai nyanyian lagu Negaraku dan lagi WPKL, Maju & Sejahtera

Care to comment?


Sunday, 13-May-2007 14:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Bdr. Baru Sentul

 
 
 
Edisi Hari Ibu 2007

Mak, tahun ni mak keseorangan lagi. Bersendirian tanpa Bapak. Tapi Amat janji utk jaga Mak dari kesunyian dan buat mak gembira.
Tahun ni famili plan nak buat makan2 kat umah Abg. Long. Dari Putrajaya aku terus ke KL utk cari kek aiskrim utk majlis ni. Mulanya dah dapat beli tapi kek blueberry je. Tapi tak kisah ah, janji ada. On the way balik ke Sentul aku pi cari hadiah utk birthday anak buah aku plak. On the way aku terpaksa brek emergency coz nak elak bonggol depan kedai mamak. Bendul tul letak bonggol tinggi camtu. Aku kena break terkejut la..dan akibatnyer..kek aku terpenyek coz terjatuh ke bawah..siot betul la.
Sib aku baik coz jumpa kedai kek kat situ. Akhirnya dapat gak beli kek aiskrim & dapat free bunga.


Amat sayang Mak


Selamat Hari Ibu buat mak awk....
p/s..isk isk..sedih tahun ni tak dpt sambut
Thu 17-May-2007 08:22
Posted by:kakchik
Add comment


Sunday, 13-May-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Putrajaya

Fun Drive and Club Gathering' By GilaKereta Mags




kali ni Kenarianz menerima jemputan dari pihak majalah GilaKereta untuk menghimpunkan kelab2 permotoran di Lembah Kelang. masa ni ah dapat tengok macam2 kelab yang wujud kat sekitar KL ni, termasuklah seteru dan sekutu kitorang.
cuaca panas kat Putrajaya membuatkan bebudak ni lari mencari teduh di balik pokok2 yang macam tumbuh tak tumbuh kat sini.
Rasanya cam boring coz penganjur tak sediakan aktiviti mahupun publisiti utk tarik perhatian orang ramai. Sekadar nak amik gambo kelab sajer...


thanks pada Kenarianz, Individu & NGO's yang terlibat

::Candids by shoffee::
::Candids by madjem::
::Candids by sham6532::
::Candids by spessotz1901::

x dpt join aritu...outstation gi pahang..sok klau kuar mag, bgtau ek.. Thu 17-May-2007 08:16
Posted by:kakchik
Add comment


Tuesday, 8-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Seri Pacific, Kuala Lumpur

 
 
 
08-10:05:2007 - Retreat Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU)



Apa ada pada OKU?
Retreat kali ni diadakan bagi mencari jalan penyelesaian bagi merancang untuk menyediakan kemudahan asas bagi golongan ini. Ia juga memberikan pengalaman kepada kiter bagaimana 'menjadi' OKU buat sementara.
Penceramah yang hadir membentangkan paperwork dorang pun bukan calang2 orang, termasuk lah dari golongan OKU sendiri. Sesungguhnya kekurangan pada fizikal dorang, telah diberi kelebihan oleh Allah kepada mentaliti mereka. Kagum aku dibuatnya.
Aku rasa bertuah coz diberi peluang utk join retreat sebegini. TQ gak pada Arkitek aku yang beria2 masukkan aku menjadi komiti di jabatan kami. Boleh gak aku jadikan tugas dan nota2 yang aku dapat nanti utk tesis.
Kumpulan kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan kumpulan aku membuat audit akses di bangunan Istana Budaya. Tugas kami utk memeriksa kemudahan2 yang disediakan utk OKU dan memberikan komen dan cadangan utk penambahbaikan bagi bangunan tersebut.



Kiter buat design utk OKU, semua orang senang nak pakai,
tapi design utk semua orang, OKU susah nak pakai...fikir2 kan la



Care to comment?


Saturday, 5-May-2007 09:39 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Menara Kuala Lumpur





05:05:2007 Choir Glam Nite 2007
Bertemakan Putih dan biru, buat pertama kalinya kumpulan koir buat annual dinner. Bukan calang2 tempat wo..kat Menara KL lagi tu.
Biarla dalam 30 orang je yg hadir, tapi kegawatan nyer terasa...kecoh sampai budak waiter n cleaner pun datang tgk kitorang hehehe.
yang best sekali biler paperdolls buat show. terangkat semua orang...ngan aku2 sekali...takut gak kalo2 dier dtg kacau aku..hahaha
malam tu dapat lampu tido utk lucky draw dan dapat pensel case dari Ros.

cun gak eh kaler biru putih.. awak pon nmpk smart.. Tue 15-May-2007 02:20
Posted by:missnad
Add comment


Saturday, 5-May-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Space, KL

 
 
 


06:05:2007 Porfolio Sem II 2006/2007

akhirnya habis gak sem ke dua. Semester kali ni memang struggle skit. memang kalo nak ikutkan, banyak masa aku terbuang secara sengaja mahupun tak sengaja. Aku gagal membahagikan masa antara kerja, belajar dan juga peribadi.
sebenarnya aku blum bersedia utk hadapai portfolio kali ni. Tapi aku berusaha sedaya upaya utk lulus. Cukuplah sekadar aku mendapat keputusan yang baik.


thanks pada Lecturer's n Clicks yang lain

cool...... Tue 15-May-2007 01:14
Posted by:dyana
laa.. baru leh masuk korang nyer bloq watever congratulation....tapi ambik cos aper ek Tue 11-Mar-2008 09:06
Posted by:bbycute bbycute_babykiut@yahoo.com
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.