Want your
own Fotopage?












 
+ .: pikamerah's timeOut :. +

By: Pika Merah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Saturday, 13-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut wit' famili

the Cake
the Mastermind
the Brother
View all 4 photos...


Selamat Hari Ibu
seluruh dunia menyambut Hari Ibu pd 14 Mei, tapi bagi kami tak kira hari apa pun, yang penting kitorang punyai MAK untuk diraikan setiap hari. walaupun kali ni tak semua anak2 MAK datang, tapi cukuplah ngan sms sebagai pengganti diri.
kitorang plan nak buat surprise diner. ruper2nyer MAK dah tau. kire cam dah kantoi ah ni. aku sempat beli chocolate cake ngan gelang buat MAK. aku harap hadiah n sambutan ni dapat menggembirakan MAK.
kitorang buat sambutan n diner kat Desaview, Ampat Tin.

uikss.. lalink ajar mak wat peace ar.. hargai mak selagi ader.. Tue 16-May-2006 01:38
Posted by:miss nad
wah best tu..bertuahnye Mak.. Wed 31-May-2006 11:06
Posted by:kakchik kakchik3@yahoo.com
Add comment


Monday, 1-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Bukit Tinggi

 
 
 
View all 4 photos...

Kenarianz Monday Morning Drive v1.0
planning yang tak seberapa akhirnya membuahkan hasil. bebudak kelab aku ni pantang ada cuti. orang sibuk nak balik kg, rehat kat rumah...ni tak. nak jugak pi buat morning drive ke Bukit Tinggi. mulanya ingat takde sambutan, tapi biler tunggu punyer tunggu akhirnya 12 biji kenari yang turut serta. deretan konvoi kami mencuri perhatian pada pagi tu.
seawal jam 10 pagi kami sampai kat Colmar Tropical. cuaca ka sini taklah sesejuk Genting. tapi pemandangan dari sini memang asyik....sayu je biler tgk flora n fauna kat sini. exactly kat sini takde la byk tempat yg leh tgk cuma bangunan2 dier je yg menarik. pehtu kitorang naik shuttle ke japanese tea garden. fuhh pengalaman yg cukup serik. bayangkan kitorang naik lori pickup (shuttle) sambil mendaki bukit yg agak curam..seriau wo. baru berjalan setengah jalan, hujan lebat pun turun. apalagi berciciran ah semua mencari tempat teduh. abis melihat kawasan sekeliling, kitorang tunggu shuttle untuk turun plak..ni lagi seriau.....
sampai di bawah kitorang semua bertolak ke club house untuk lawan boling...hehe..masa ni lah nak asah bakat yg terpendam. seperti biasa, dapatlah antara top 5..hahahaha.
menjelang jam 3 kitorang pakat turun untuk lunch di Hentian Genting Sempah. secara kesimpulannya, mmd ni memang besh. tak rugi meluangkan masa ngan korang

thank pada korang yg besh!!!

timeOut [at]Bukit Tinggi pixs

INGAT..."so SESAPE yg gatal nak ngorat dia tu lupakan laa niatmu......"...kata awek sepi lagik.... ...aper kes ni? Tue 9-May-2006 04:36
Posted by:SUE de' OgHEN...
waa..ada gamba aku..hahak..next time gi cameron highland la plak..leh petik2 strawverryyy.nyum22 Tue 9-May-2006 04:40
Posted by:xannere xannere@yahoo.com  - [Link]
wa..tak sangka leh jadi perdebatan plak. eh aku ada awek ke??..aku pun tak tau..kakaka. thankz pd yg komen tu.

neway, its fun biler pi tpt2 camni..lagi2 biler dapat pi ngan korang yg besh. next time kiter buat lagi k....
Tue 9-May-2006 11:10
Posted by:theOWNer
View all 14 comments Add comment


Sunday, 23-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut wit' famili

 
 
 
View all 4 photos...
jadual untuk hari ni memang pack. bermula dari siangnyer membawak ke malamnya. itupun ngan famili. apa nak kisah kan. yang bestnya sebab masa ni tgh ber'wang'....so sedap skit biler gi jenjalan ni...hehehehe

bermula dari pagi rombongan pi melawat adik kat Kajang. dah lama rasanya tak jumpa dier. belah petang plak bertolak ke kampung Ayah (abang kepada bapak aku) kat Kg. Labuhan Dagang, Banting. rasanya dah lama gak tak balik kampung. kesian kat orang tua ni coz tinggal berdua. sib baik ada anak2 dok pakat buat rumah kat sebelah. ada jugaklah teman bermanja dorang. lepas makan tghari semua pakat2 tido lepaskan penat sambil2 tgk siaran langsung upacara pengebumian Allahyarham Tun Ghafar Baba.


timeOut [at] Port Klang
Sebelum menjelang malam kitorang berangkat plak ke Port Klang. idaman sekian lama untuk menikmati ikan bakar bersama famili di Muara Ikan Bakar, Tg. Harapan. dah lama gak tak datang sini.

terima kasih pada semua famili yg join. dan tak lupa pada Abg. Chik yg kasi tumpang keta dier...ehehhe

ucapan takziah juga buat keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba (bekas TPM) di atas pemergian beliau menghadap Ilahi. Al-Fatihah

Care to comment?


Saturday, 22-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Bukit Bintang

 
 
pda...?...hp...?...smartphone...?...camera...??????
perancangan dan angan2 yang bermain di benak fikiran. akhirnya dapat gak menunaikan hajat untuk mendapatkan gadget baru tahun ni. ye lah mana bleh tahan biler tengok member2 semua asik dok tukar benda2 baru kan....



bulan ni ada rezeki lebih skit, so dapatlah beli gadget baru aku ni. sebulan dua ni sejak dapat buku mobile, aku asik berangan2 nak amik handphone yang ni. bagi aku hp ni memang sesuai utk aku. terutama dari segi warna dan aksesori dier.

owh.. nak beli henpon baru.. ? ke dah beli ar? tu sebab ader tooott baru yek? Tue 25-Apr-2006 02:57
Posted by:unnamed
wahh dah ada Hp baru tu jgn lupa plak HP lama........kalau tak nak Hp lama meh kasi kat gue

ingat pasni sy plak nak tukar turn beli HP

http://rhuddy.fotopages.com
Wed 26-Apr-2006 06:00
Posted by:rhuddy
tak nak promote dekat member ker kedai mana beli HP tu heheeh mana tau dapat murah plak kan....awek cina tu cun gak seksi lagi ngeh ngeh Wed 26-Apr-2006 06:02
Posted by:Yg Teman Beli HP
Add comment


Tuesday, 11-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Stadium Negara

 
 
 
View all 4 photos...
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1427H/2006M


"Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah"
Selawat ke atas junjungan besar kiter Nabi Muhammad S.A.W sempena tarikh kelahiran baginda yang disambut setiap 12 Rabiulawal. kebanyakan kiter luper tentang peristiwa ini. yg kiter tahu hanyalah cuti dari kesibukan kerja seharian.
kali ni aku bersyukur kerna terpilih (setelah melobi beberapa kali hehehehe) untuk mewakili Majlis Kotaraya bagi perhimpunan dan perarakan dari Dataran Merdeka hingga ke Stadium Negara. penat lelah training n berkawat (hingga dah gelap kulit ni) selama 8 hari di Tmn Tasik Titiwangsa akhirnya berbaloi setelah kami dinobatkan menjadi JUARA antara Badan Berkanun. hujan di awal pagi tidak melemahkan semangat kami untuk berarak sambil berselawat memuji junjungan besar kiter.
dalam pada aku berseloroh ngan member kalau2 ada peserta yang pakai baju sama, ruper2nyer sampin kitorang SAMA pulak ngan peserta dari Kementerian Pelancongan...dah la dorang berarak depan kitorang...


tahniah buat pegawai dan peserta semua. korang memang besh!

jeff : tq 4 d comments.

perasan gak member2 dari FMDC kat Dataran tgh shoot tp tak kenal la korang.
Thu 13-Apr-2006 04:24
Posted by:theOWNER
marvellous..nice look in yellow.. Tue 18-Apr-2006 23:58
Posted by:afairuzsan  - [Link]
amboiii..kuningnyer pak njanggg Fri 5-May-2006 06:01
Posted by:SUE de' OgHEN...
View all 4 comments Add comment


Sunday, 2-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Stadium Merdeka

 
 
 
View all 5 photos...
Konsert Aura m.mobile



konsert yang diadakan bagi memperkenalkan mobil baru anak kelahiran tempatan, M.Mobile. sebelum tu tak rasa cam nak tengok pun. yelah. cam korang tau, biler sebut konsert free, pehtu ada Mawi lak. berani ke korang nak menyelit2 semata2 nak pi tengok??? tapi aku dapat 2 keping tiket free dari usaha aku pi kejar Ejen Sinar Ford Escape masa dorang lepak kat Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru tempoh hari.
dah la nak pi parking punyerlah jauh pehtu rupernyer tiket yg aku dpt tu hanya untuk tgk dari jauh jer...takleh masuk ke dalam padang tapi tetiba dorang cakap gate akan dibuka. so apalagi berasak2 la kitorang pi serbu gate tu..ahahhahaha
persembahan dimulakan oleh Khafi sebelum dihebohkan ngan KRU plak. memang pandai dorang tarik hari penonton ngan dendangan lagu2 lama dorang cam Fanatik tu. kire cam mengimbau kenangan lalu ah...hehehhe. pehtu Ratu Rock gedik lak punyer turn, siapa lagi si Ella la.....
menutup tirai persembahan, Mawi lak muncul ngan sut putih ngan dendangan lagu2 dari album baru dier. yg besh sekali biler Mawi jemput sorang mamat ni untuk berduet ngan dier 'tuk gantikan M'Nasir
tak luper acara last ngan cabutan bertuah untuk merebut 3 hp M.Moble.... aiseh men takde luck la malam tu



uiks..klau dpt tiket free lebih ajak ler kite skali ek hihi.. Fri 5-May-2006 05:45
Posted by:kakchik
Add comment


Saturday, 1-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Titiwangsa

 


Hari Silaturahim Kesedaran [at] Taman Tasik Titiwangsa
program sukaneka dan silaturahim yang diadakan setiap tahun. acara yang menggabungkan 4 dalam 1. bagi meraikan pesara, mereka2 yang baru balik dari menunaikan haji, pelajar2 cemerlang dan juga mengeratkan silaturahim di antara kakitangan di Majlis Kotaraya.
cam yang aku gambarkan, biler ada majlis untuk kakitangan Islam camni, mesti sambutan dier agak kureng skit. mayber dorang ingat, biler ada acara sukaneka camni mesti berpakaian labuh, duduk kena bersopan pehtu takleh nak sorak2. wei grow up la. tak matinyer kalo join acara sihat sebegini. abih tu takkan 'korang' nak ada acara hiburan lak
tapi buat penganjur, kalo bleh untuk tahun berikutnya buatlah acara untuk orang2 sezaman aku ni. yelah asik acara bebudak ngan keluarga jer. abih aku ni camner???....nak gak merasa lari bawak telur ke




Bazar Seni dan Kraf [at] Laman Seni Kuala Lumpur
alang2 berada di Titiwangsa, aku ambil keputusan untuk pi menghebohkan diri ke bazar ni. acara yang selalu diadakan setiap Sabtu pertama tiap2 bulan ni bertujuan memberi peluang dan ruang kepada 'Kelompok' yang terlibat dalam aktiviti jualan produk seni dan kraf buatan Malaysia.
selama ni memang teringin nak pi ushar tapi tak berpeluang, ditambah plak rasa malas nak bangun pagi semata2 nak tengok orang menjual . so kali ni peluang tak dilepaskan. memang banyak barang rupernyer. sib baik duit tak cukup, kalo tak, tak tau le apa yg aku borong.
kat sini gak sempat pi tengok pelancaran buku blog (tapi sebenarnyer passing by je heheh). rasa cam nak beli tapi sorry ah bang, sy tak bawak duit yang cukup lak. masa kat gerai 33 nilah berpeluang jumpa blogger2 yang datang. dan tak lupa pada k.lin n a.zul



sepatutnya saya berada di Lama Seni minggu lepas...disbabkan terbarai ngantuk kerana shoot konsert kat RTM pagi tu....trus tak jadi ke LS.

p/s: cik pika cuba tengok kucing yang panjat dengan kucing yang tengah pandang ke atas tu....kan lain kalernye!
Wed 5-Apr-2006 08:56
Posted by:azlee-samad a.k.a OltromeN^  - [Link]
yesssssssss seronok-seronok hahahaha........ada gak benda nak buat waktu cuti........ma kacih laa amat.... Thu 6-Apr-2006 10:28
Posted by:Rhuddy
mana gambor kita dekat konsert M-mobile tu?? masukkan laaa heehe kalau tak emailkan dekat gue yek...... Thu 6-Apr-2006 10:29
Posted by:Rhuddy
Add comment


Friday, 24-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
It's Greenie+Whitey Birthdays

 
 
 
View all 4 photos...

#maaf, kualiti gambar kurang memuaskan

24-26:03:2006 It's Party Like This! Time
apalah birthday tanpa sambutan. begitulah nasib ahli kumpulan Uuuhhh yang terpilih. plan untuk buat kejutan dan Party Like This telah berjaya diadakan di Tanjung Biru Kondo, PD yang bertemakan Hijau+Putih.

lepas abis keja ari Jumaat tu, kitorang trus bertolak ke PD. tapi sebelum tu sempat lagi menyenakkan perut kat Dunkin Donut/ KFC di Tol Sg Besi. pehtu trus memecut ke PD. sempat lak si driver2 ni berlumba2 saper sampai dulu. sib baik perjalanan clear....

ari Sabtu, lepas menyediakan lunch secara bergotong-royong, semua budak melentok kekenyangan sambil layan siaran tertunda APM2005. tapi dlm ngantok2 tu sempat lagi pi mandi laut. tak cukup ngan laut, pi kurangkan air kat kolam mandi lak. belah petang lak prepare untuk Party Like This! utk malam kang. masa ni lah masing2 pi bersiap, iron bajula, sorok baju la, macam2 la korang ni. acara malam tu memang besh. tak sangka tema yg dipilih amat sesuai ngan korang semua..kekekeke.

lepas sessi makan dan suapkan kek, kitorang play the games lak. dari Bingo, Mummy mystery 'till Teka Lagu cara Isyarat..sampai nak gado2 bile teka lagu tu hahaha

ari ahad just lepak2 je. masing2 tak ingat nak bangun. yela semua penat. main games sampai kul 3 pagi. lepas lunch, semua prepare untuk balik KL.

dengan kata lain, thank so muucccchhh pada korang yg terlibat. pehni kiter buat lagi utk mangsa yg seterusnya.


hepi Greenie Birthdays utk PoJi, Ros, Wan BB, Abg Chik n Eddy
hepi Whitey utk K.Amy, K.Sheren n Mizan

menarik sungguh ijau tuh.. huhuu.. Mon 3-Apr-2006 01:49
Posted by:missnadya nadya_sy7@yahoo.com
hijau itu green....green itu hijau!
Mon 3-Apr-2006 03:05
Posted by:azlee-samad a.k.a OltromeN^  - [Link]
nice greeenyyyyyyyyy.... best arr ada group2 cengini... Fri 14-Apr-2006 04:40
Posted by:azma azma@malaysiaairports.com.my
Add comment


Tuesday, 28-Feb-2006 06:07 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] PGLtM

 
 
 
View all 5 photos...


rasa berbangga coz ditakdirkan untuk menjadi salah seorang penonton bagi teater muzikal ni. sebelum ni asik dengar review n comment org lain je. kali ni biar aku sendiri yg pi tengok n buat komen sendiri. bagi aku teater ni betul2 mengangkat martabat teater malaysia. ye la, orang lain kan sibuk ngan filem n teater keluaran luar.

sebelum masuk sempat gak ah tengok celebriti2 tanahair. teringin gak nak pi bergambor ngan dorang. tapi tak berkesempatan plak. masuk dalam panggung kitorang nyer seat kat upper level . aje giler!!!. dah ah depan kitorang makcik tu takmo bersandar. terpaksa la tgk terconggeng2 tgk di celah2 makcik tu. tengah sedap melayan teater ni tetiba dorang berhenti rehat 15min. eh eleh. aku ingatkan teater ni kurang 2 jam je
tetiba ada pengumuman mengatakan ada technical problem la pulak. so kena tangguh dekat2 30min.

abis teater aku join yang lain berebut nak amik gambo para pelakon. yang bestnyer dapat amik gambo ngan Chief of Kodok

secara keseluruhan aku bagi TABIK SPRING pada produksi yang terlibat untuk teater ni. masa ni la teringat kat pementasan teater Siti Zubaidah suatu ketika dulu

thank pada k.lin n clicks, jidin n wife, iri, fidah n k.nani

ape yg kretifnyer..biasa je cik tromen.

wah...suker sgt ah tu dapt amik gambo ngan CoK tu. time org nye turn dier pi sabotaj eh . ada masa n $$$ bleh layan 60s lak
Wed 8-Mar-2006 02:28
Posted by:theOWNER
Nice editing
Sun 12-Mar-2006 16:22
Posted by:POLINI  - [Link]
kreatif dari segi design dan kata-kata....
kipidap cik pika!
jangan memalu....kalo malu gi makan kuih bahulu...
kkekeke!
Mon 20-Mar-2006 04:38
Posted by:azlee-samad a.k.a OltromeN^  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 26-Feb-2006 09:01 Email | Share | | Bookmark
timeOut [at] Bagan Lalang, Sepang

 
 
 


25 & 26:02:2006 Jalan-jalan Cari Kerang
minggu ni dapat peluang jejakkan kaki ke Bagan Lalang. Sebelum ni asyik dengar cakap member je. Ada ke patut dorang cakap kat sini ada pantai..aje giler ke.. . tapi biler aku sampai ke sini, . sungguh tak ku sangka.
kali ni bebudak uuhh tu ajak aku ngan wan pi lepak n temankan dorang kar SM Bagan Lalang, Sepang. Apa lagi, rezeki jgn ditolak orang cakap. kat sini dari penginapan sampai ke makanan, semuanya free .
petang tu kitorang lepak kat pantai dulu sebelum makan ikan bakar di waktu malam. layan sotong tepung sekali.
esok nyer sebelum balik kitorang layan swimming kat sini, macam2 style ada. lepas tgk ABP kitorang trus balik umah ngan berdriverkan wan

thank pada k.amy, mizan, eddy, wan BB n wan



p/s:
cukuplah saja berteman denganku, janganlah kau meminta lebih
kutak mungkin mencintaimu, kita berteman saja
teman tapi mesra
( credit to RATU - Teman Tapi Mesra )

such a great moment wit ur frenz there.. wish im there wit u guyz..
huhuhuhu... lama tak spend time sama2 ngan mentalianz..
Tue 28-Feb-2006 06:17
Posted by:missnadya nadya_sy7@yahoo.com
alamak, laling dah majuk lak. ish jgn camtu. walau sy gembira ngan my frends, laling tetap di hati . ada gak plan nak ajak mentalianz buat keja giler, so tungguuuuu..

mampuih, pehni mesti kena marah ngan 'dak' tu ................
Tue 28-Feb-2006 09:02
Posted by:theOWNER
terima kasih kerana memberi semangat ... saya sangat teruja ... Tue 7-Mar-2006 08:49
Posted by:Serunai faqir  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.